CASE 39 (2009)

Case 39
Seorang petugas sosial yang bernama Emily ditugaskan untuk membantu seorang detektif dalam suatu kes. Dikatakan seorang kanak-kanak perempuan didera oleh ibu bapanya. Emily langsung menyiasat dengan mengunjungi rumah kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tersebut bernama Lilith.
 
Suatu malam, Emily mendapat panggilan daripada Lilith, memberitahu bahawa ibu bapanya akan membunuhnya. Malam itu juga, Emily bergegas menyelamatkan Lilith yang hampir saja ingin dibunuh oleh ibu bapanya di dalam sebuah ruang pembakar. Rancangan ibu bapa Lilith digagalkan dengan kehadiran Emily dan seorang detektif. Ibu dan bapa Lilith ditangkap.
 
Lilith diletakkan di satu rumah perlindungan buat sementara sebelum memujuk Emily membawanya tinggal bersama. Sepanjang tinggal bersama Lilith, Emily seakan menyedari kelakuan aneh Lilith. Lama-kelamaan, satu persatu orang di sisi Emily mati dengan cara misteri termasuk ibu bapa kandung Lilith yang berada di penjara.
 
Ternyata, ada sesuatu yang disembunyikan ibu bapa Lilith selama ini. Sesuatu tentang Lilith yang mendorong mereka untuk menjadi pembunuh.
.
Pada hemat saya, filem ini meletakkan unsur misteri paling banyak. Membuatkan setiap yang menonton akan tertanya, siapa Lilith dan mengapa dia dijadikan mangsa oleh ibu bapanya sendiri?
 
Filem ini juga seperti memberi persoalan adakah wajar kes 39 ini dibuka sedari mula?
 
“Some cases should never be opened.”
FATIN H.
 
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}