Crimson Peak (2015)

Crimson Peak (2015)

Filem ini mengambil tempat di bandar Buffalo, New York pada tahun 1887.
 
Edith, anak perempuan Carter Cushing, seorang ahli perniagaan yang berjaya terjaga dari tidur pada satu malam oleh roh ibunya yang memberi amaran mengenai suatu tempat bernama Crimson Peak.
 
14 tahun kemudian, Edith yang kini dewasa dan bergelar seorang wartawan bertemu dengan seorang bangsawan dari England, Sir Thomas Sharpe yang diiringi kakaknya, Lady Lucille.
 
Mereka datang untuk menjemput ayahnya untuk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan melombong tanah liat merah mereka tetapi Carter menolak tawaran tersebut.
 
Apabila Edith dan Thomas saling jatuh hati, ayahnya mengupah seorang penyiasat persendirian untuk menyiasat latarbelakang keluarga Thomas.
 
Dia memberi rasuah kepada Thomas agar beliau memutuskan perhubungan dengan anaknya dan kembali ke England. Namun, Thomas mengirim sepucuk surat kepada Edith dan menyatakan hasrat beliau untuk mengahwininya.
 
Suatu hari, Carter telah menjadi mangsa rompakan dan dibunuh.
 
Setelah menguruskan pengebumian ayahnya, Edith dan Thomas telah berkahwin dan kembali ke rumah agam Allerdale Hall di Cumberland, barat-laut England.
 
Thomas memujuk Edith untuk memohon sebahagian daripada harta ayahnya untuk membiayai kos pembinaan mesin melombongnya.
 
Disebabkan tidak biasa dengan cuaca ribut salju di tempat itu, Edith jatuh sakit dan mula melihat bayangan dan roh penghuni asal Allerdale Hall.
 
Dia akhirnya menyedari bahawa kawasan itu ialah Crimson Peak kerana tanah liat merah yang meresap melalui lapisan

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}