Elysium (2013)

Elysium (2013)

Anda suka citer sains fiksyen DAN aksi? Suka filem District 9 dan Chappie? Kalau ya, saya rekemen filem ni. 

Ni ringkasan ikut ingatan saya ya, sebab tengok ni dah lama dulu.  Filem ni mengisahkan tentang kesan jurang sosio-ekonomi antara rakyat biasa, miskin dan kaya-kayangan pada zaman akan datang.
 
Zaman tu bumi overpopulated/crowded, dah tercemar teruk dan x sihat utk didiami, maka geng2 kayangan gunakan pengaruh wang dan kuasa utk tinggalkan bumi dan hidup di stesen di angkasa (Elysium) yang bersih, teratur, bertamadun, dan berteknologi tinggi.
 
Orang marhaen tpaksa teruskan hidup di bumi dlm keadaan serba daif, mundur dan kotor. Kalau korang penah tengok citer District 9 dan Chappie korang akan dpt bayangkan, memang pengarah filem yg sama pun, Neill Blomkamp. Dia ni suka set filem kat lokasi yg ghetto, gritty dan ‘real’ gitu.
 
OK back to the story. Golongan marhaen di bumi x puas hati dengan jurang sosio-ekonomi ni, mereka ni termasuklah Max (Matt Damon). Satu hari, Max terkena radiasi kat kilang tempat keje dan diberitahu akan mati x lama lagi sebab xde teknologi Perubatan utk rawat dia kat bumi. Max nekad utk pergi berubat di Elysium..
 
selain tu anak perempuan kawan dia pun mengidap penyakit yang tak dpt dirawat di bumi yang serba kekurangan dan ketinggalan. Satu2nya peluang adalah di Elysium tu yg ada peralatan robotik canggih yg mampu buat non-invasive surgery.
 
Jadi, Max secara haram naik kapal angkasa utk ke Elysium. Di sana, masyarakat kayangan ada sistem kerajaan sendiri dan sgt tak suka orang luar atau pendatang masuk ke situ.
 
Berlakulah konfrontasi  hebat antara hero dan pemimpin kerajaan Elysium ni di mana hero nakkan hak2 asasi (seperti perkhidmatan perubatan) diberikan kepada orang marhaen di bumi.
 
Satu-satunya cara adalah Max kena hack into the system, supaya orang2 di bumi didaftarkan sebagai warga Elysium, sekaligus layak terima hak yang sama.
Sama ada Max berjaya dirawat dan dapat apa yg diperjuangkannya, kena tonton sendiri..di Netflix sekarang.
 
Rating saya 8/10. Bagi peminat genre sci-fi drama seperti saya, saya berpendapat filem ni tidaklah se engrossing macam citer Sunshine dan Interstellar tu.
 
Tapi saya suka jugak tengok sebab genre sci-fi ni (tak kirela sub genre komedi ke, aksi ke) memang sentiasa ada tempat dalam hati saya (dan sebab ada Jodie Foster dan Matt Damon, hehe). Pacing cerita bagus, citer aksi kan..so tak membosankan.
 
Mungkin agak ganas utk budak bawah 12 tahun..tapi what do I know, budak2 sekarang gaming tembak2 rilek je kan. So, OK kut utk tengok sekeluarga. Seingat saya xde babak 18SX.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}