Baru kali ini aku try review salah satu filem MCU . Filem² DC , Disney semua yang high budget mahupun filem francais dari mana² universe pun sama , tidak pernah langsung . Entah kenapa Eternals ni bikin aku terpanggil untuk review sama . Tapi terlebih dahulu , aku gigihkan diri dulu baca review² orang termasuk komen² positif / negatif tentang filem ni dari merata sumber ..
Eternals dimata aku , tidaklah seteruk diwar – warkan . Tapi itulah , selera lain – lain . Biasalah filem overhyped , barisan pelakon handalan yang dicanang² , dan pengarah yang menang Oscar . Secara automatik , high expectation dari audiens .
Bab² yang aku enjoy dan puji sangat sepanjang filem adalah CGI , muzik , aksi lawan dan visual . MCU memang tiada masalah pun , dah nama filem bajet besar .
Adanya nama besar seperti Salma Hayek dan Angelina Jolie adalah salah satu faktor yang buat ramai teruja pada mulanya selepas diumumkan keterlibatan mereka . Biarpun lakonan kedua pelakon tidak perlu diragui lagi , tapi dihambarkan sedikit dengan chemistry peneraju utama yang kurang feel .
Timeline filem ni memang tidak sekata sebab banyak guna scene imbas kembali yang menceritakan backstory setiap watak yang berbeza . Hasilnya , ramai yang beranggapan plot jadi serabut manakala jalan cerita pula tidak kemas , adakalanya draggy dan slow . Tapi itukan proses pengenalan mereka .
Anda kena ingat , Eternals adalah filem pertama . MCU biasanya akan buat sekuel seperti filem² lainnya . Maka , anda kena sabar sebab filem pertama ini banyak habiskan masa dengan memperkenalkan kita kepada para karakternya . Mungkin di sekuel akan datang , barulah aksi sebenar bermula . MUNGKIN LAH .
.
Eternals ternyata ada kelainan yang sendiri . Jauh berbeza dengan filem² superhero lain yang tipikal . Cuma tentang scenes El Jebaytey tu , rasanya tidak perlu pun diwujudkan . Tiada efek positif langsung malah turut mengundang kecaman dan seolah nampak try hard sangat .
Sentuhan pengarah Chloe Zhao ( Best Director – Oscar ) nampaknya sukar diterima ramai . Sekali lagi , high expectation ramai yang menginginkan sesuatu yang lebih di filem ini . Anda kena ingat , beliau sebelum ini lebih dikenali dengan filem – filem bersifat indipendent , bergenre drama . Melalui trailer filem pun , sebenarnya kita sudah boleh mengagak sesuatu . Bagi aku , Eternal masih dikira karya sempurna walau ada sedikit celanya .
#carol_lw
Be the first to leave a review.