GRID (2022)
10 Episod
Bayangkan apa akan terjadi sekiranya Sistem Grid dunia hancur serta lumpuh dan terjadinya KIAMAT INTERNET! Pastinya DUNIA JADI KUCAR KACIR!!
Pembukaan cerita episod 1 cukup membuatkan bulu roma meremang! Adrenalin naik sekejap menantikan apa yang bakal berlaku kepada dunia di saat itu ketika bumi diancam oleh satu fenomena alam yang teramat LUAR BIASA! Mujurlah ada Sistem Grid yang dicipta untuk melindungi bumi ketika itu.
Namun fokus utama drama ini bukanlah tentang kehancuran bumi, tetapi tentang THE GHOST dan PEMBUNUH BERSIRI yang berkait rapat dan ini melibatkan kerjasama antara agensi Biro dan pihak polis yang untuk memburu pembunuh berantai dalam masa yang sama menjejaki THE GHOST yang telah menghilang sejak 24 tahun lalu.
Siapakah THE GHOST dalam drama ini?
24 tahun lalu, THE GHOST (dilakonkan oleh Lee Si-Young) telah menyelamatkan tamadun manusia dengan mencipta sistem Grid dan setelah itu dia menghilangkan diri.
Kini setelah 24 tahun berlalu, THE GHOST muncul semula. Yang menariknya, kali ini kemunculannya bukanlah untuk menyelamatkan bumi tetapi menyelamatkan pembunuh bersiri Kim Ma-nok (Kim Sung-Kyun) dari diburu oleh pihak berkuasa.
Kenapa THE GHOST menyelamatkan pembunuh bersiri itu? Pasti ada sebabnya!
Menambahkan lagi keseronokan dan misteri menonton drama ini apabila semua pihak berkuasa termasuklah Agensi rahsia kerajaan itu juga memburu THE GHOST untuk kepentingan yang berbeza-beza termasuklah Kim Sae-hae (lakonan Seo Kang-joon) yang telah menghabiskan hampir sepanjang hidupnya untuk memburu THE GHOST!
Dari episod ke episod plot nya cukup RANCAK, penuh KEJUTAN, aksi-aksi penyiasatan yang sentiasa dipenuhi ketegangan!
Mana tidaknya, sehingga kini pun tiada siapa yang tahu apakah identiti sebenar THE GHOST itu, DNA pula menunjukkan yang THE GHOST ini tak wujud! Hish!! Apalah tujuan dia kembali ke masa kini dan bagaimana dia boleh mempunyai kuasa teleport dan muncul melalui jaringan masa?? SUNGGUH MISTERI!
WAJIB ditonton sekiranya anda peminat Kdrama dan genre ACTION, MYSTERY, THRILLER yang berbaur ala-ala Sci-fiction!
Be the first to leave a review.