HANYUT (2012)

Filem arahan U-Wei ini tersangkut selama 4 tahun, sebelum dapat ditayangkan kerana kekurangan dana. Bagi makcik, ia sebuah filem yang cukup hebat. Nak tahu kenapa – kerana filem ini mengambil latar Malaya di tahun 1830an. Jadinya, dari segi situasi tempat, kostum, kenderaan …eh segalanya menepati zaman tersebut. Lokasi set tu memang cantik sangat.

Kasper Almayer (Peter O’Brien) adalah seorang pedagang belanda yang menetap di Malaya. Dia mempunyai satu keinginan besar iaitu mencari gunung emas seperti yang terdapat dalam mitos orang asli. Dia bertungkuslumus membuat kajian dan membina kapal untuk meredah sungai Malaya yang berliku. Harapannya satu – penemuan emas ini akan menjadikannya kaya dan dia akan pulang ke Belanda bersama anaknya dengan maruah dan status yang tinggi.

Kasihnya tertumpah kepada satu-satu anak gadisnya iaitu Nina (Diana Danielle).. Anak yang lahir dari seorang isteri dan ibu berbangsa melayu. Pada usianya 10 tahun, Almayer telah menitipkannya ke Singapura untuk belajar di sekolah kristian dan mempelajari selok belok menjadi wanita inggeris. Ini menimbulkan kemarahan buat isterinya Mem (Sofia Jane), dan selama itu hubungan mereka yang retak telah menjadi belah.

Impian Almayer mencari gunung emas itu hampir terlaksana apabila Dain Maroola (Ade Putra), seorang anak raja dari Sumatera sudi membantunya. Apa yang Dain mahukan adalah urusniaga ubat bedil yang sukar diperolehi, dan hanya Almayer sahaja boleh memdapatkannya.

Dalam diam, Nina dan Dain mula bermain cinta. Perhubungan mereka direstui oleh Mem kerana ibunya tidak mahu Almayer membawa Nina pulang ke Belanda. Mem adalah orang yang paling keras menentang Almayer dalam segala hal. Sehingga satu tahap dia memanggil Mem sebagai ‘perempuan sihir’.

Namun, kedatangan tentera British mula menggugat urusan perniagaan Dain dan Almeyer. Ini kerana British mengawal penjualan ubat bedil. Dain diarah supaya ditangkap dan dibunuh. Raja Salleh dan Orang Kaya Tinghi pula bermain serampang 2 mata. Dengan British mereka tunduk, dengan Dain mereka akur – semata mata untuk kesenangan diri. Apabila Dain ditemui mati, segala perancangan Almayer dan gunung emasnya turut hangus.

Macam biasa, kalau dari pengarah yang bernama U-Wei, karyanya agak sukar difahami. Mungkin ada yang cakap ianya membosankan, tetapi percayalah kalau anda meluangkan sedikit masa untuk menontonnya dengan penghayatan…cerita ini sangat indah. Pada babak akhir Nina meninggalkan Almayer, menitis air mata ni. Sedihnya rasa…

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}