HIDAYAH (2023) #moviereview
Kisah bermula apabila Bahri (Ajil Ditto) yang merupakan bekas banduan, dahulu dipenjarakan kerana difitnah menyebabkan kematian salah seorang pesakit ketika sedang membuat perubatan “Ruqyah”.
Suatu hari Bahri diminta pulang semula ke Desa Mekarwangi untuk mengubati seorang wanita bernama Ratna yang sedang dirasuk entiti jahat.
Pada awalnya Bahri tidak bersetuju, tetapi setelah dia didatangi Ratna dalam keadaan berkafan dalam mimpinya dan meminta tolong, esoknya Bahri terus balik ke kampungnya.
Namun keadaan Ratna diluar jangkaan Bahri. Seluruh badan Ratna dipenuhi dengan luka, melecur dan ulat, kelihatannya Ratna menanggung kesakitan yang tidak tertanggung!
Setelah melalui beberapa kesukaran ketika mengubati Ratna, Ratna akhirnya meninggal dunia.
Sudahlah matinya tersiksa, warga kampung Mekarwangi pula tidak ingin jenazahnya dikuburkan di tanah perkuburan kampung itu. Bahri berkeras dan meneruskan pengebumian tersebut.
Tak lama setelah itu, jasad Ratna dalam bentuk POCONG yang mengerikan kembali menghantui warga Mekarwangi satu persatu.
Warga kampung yang jahil mula menyalahkan kehadiran Bahri di kampung itu dan kedegilannya mengebumikan Ratna di tanah perkuburan kampung tersebut.
Bahri bagaimanapun cuba mencari punca mengapa Ratna dirasuk kerana seolah-olahnya kematian Ratna meninggalkan tanda tanya dan misteri yang harus dirungkai. Bahkan warga kampung sendiri seperti cuba menyembunyikan sesuatu.
REVIEW:
Ada vibes “Qodrat” dan “Pocong The Origin”. Adalah plot-twist sikit yang mungkin atau tidak dijangka. Jalan cerita yang agak klise tapi menghiburkan jugalah. Terdapat pengajaran yakni JANGAN SEKALI-KALI MENYEKUTUKAN ALLAH!
Be the first to leave a review.