Sempena menyambut kemerdekaan negara kita yang ke – 64 , apa kata kita layan filem perang tempatan ini arahan Bade Haji Azmi .
Filem ini mengangkat kisah hidup seorang wira negara kita , Kanang Anak Langkau . Beliau seorang anak jati Sarawak dan berbangsa Iban dan cukup sinonim dengan gelaran The Iban Warrior di atas perjuangannya sewaktu menentang komunis suatu ketika dahulu .
Melalui filem ini , diceritakan kehidupan awalnya sebelum menjadi tentera yang mana sejak awal lagi sudah mengalir darah pahlawannya dan keberanian yang terserlah dalam diri beliau serta kepakarannya dalam memahami tentang hutan belantara .
Sehinggalah di saat saat genting dan penuh waspada di hutan bersama tentera tentera lain dalam usaha menentang pihak komunis yang sangat berbahaya ketika itu .
Filem ini sememangnya penuh dengan aksi aksi yang mendebarkan serta memperlihatkan babak di mana ketika itu , Kanang mengalami cedara parah yang sangat memeritkan pada bahagian perutnya.
Babak itu juga sangat menyentuh emosi ramai kerana di saat² kritikal beliau masih bersemangat untuk bangkit bertarung dengan melaungkan Agi Idup Agi Ngelaban .
Watak Kanang dalam filem ini dilakonkan sendiri oleh anak kandung mendiang Kanang yang juga merupakan seorang tentera . Watak Kanang dibawa dengan penuh ikhlas dan ternyata sangat berkesan dalam filem ini.
kredit: carol_lw
Be the first to leave a review.