LAWRENCE OF ARABIA (1962)

Lama dah filem ni, makcik pun tak lahir lagi. Durasi filem 3 jam 27 minit. Panjangkan…ini adalah antara filem epic zaman kecil-kecil dulu, tonton dalam tv hitam putih yang pintunya boleh ditarik-tarik. Masa kecil, tengok filem ni tak faham apa pun, kecuali tahu yang ini adalah filem perang ada tembak menembak, pak arab cakap mat saleh. Tapi, bila berpeluang untuk menonton semula pada masa sekarang! barulah makcik sedar ada sesuatu di dalamnya yang kita tak perasan dulu, berkaitan dengan apa yang berlaku pada hari ini.
1916 – Perang Dunia 1, Thomas Edward Lawrence @ T. E Lawrence, seorang pegawai tentera British berpangkat Leftenan diarahkan melapor diri ke Kaherah, Mesir. Sengaja Lawrence ni dihantar kesana oleh Dryden, sebab dia ni asyik melawan dan keras kepala. Dryden menugaskan dia untuk mendekati Putera Faisal, anak kepada Raja Hussin (Amir Makkah) bagi mendapatkan sokongan Arab dalam menghadapi Empayar Turki Uthmaniyah.
Putera Faisal tertarik dengan keterbukaan yang ditunjukkan Lawrence, lalu menghantarnya kepada Shariff Ali, salah seorang puteranya. Bersama dengan Shariff Ali, Lawrence mula mengenali dunia padang pasir dan mengkaji perilaku masyarakat Arab terutama puak Badwi yang sering bertelagah. Pasal nak minum air di telaga pun sanggup berbunuh sesama sendiri. Apalagi, Lawrence mula jadi orang tengah, dia berasimilasi dengan masyarakat Arab, semua dibuat kawan, sedikit demi sedikit mereka mula menerimanya.
Ada satu puak terbesar yang mendiami padang pasir ini iaitu Puak Howeitat yang diketuai oleh Auda Abu Tai. Dia menemuinya, menawarkan emas sekiranya Auda sudi membantunya menawan Aqaba. Si tamak Auda ni pun bersetuju. Serangan tiba-tiba keatas Aqaba, menyebabkan ketumbukan Turki disana lumpuh. Aqaba ditawan. Lawrence dan 2 pembantunya mengharungi Padang Pasir Sinai, pulang ke Kaherah untuk memberitahu berita gembira ini kepada Dryden.
Dryden dan General Allenby terperanjat mendengar berita tersebut. Pandai-pandai je Lawrence menyerang Aqaba, sapa suruh dan untuk apa? Dan Lawrence menerangkannya dengan cukup teliti…
Aqaba merupakan laluan utama tentera Turki ke Terusan Suez
Aqaba merupakan pintu utama ke Gaza.
Aqaba juga adalah laluan untuk ke Jerusalem.
Memiliki Aqaba akan mengancam kedudukan Al-Harith.
Aqaba juga adalah point terhampir dengan penguasaan keatas Madinah.
Jadi, apa yang Lawrence dapat?. Dia dinaikkan pangkat kepada Mejar, dapat duit, bekalan senjata dan artileri.
Lawrence sekali lagi menjelaskan satu perancangan jahatnya…
“1000 arabs mean a 1000 knives, 1000 camel, 1000 packs of high explosive on a 1000 crack rifles, we can cross Arabia and smash the railway. In 13 weeks I can have Arabia in chaos!” Landasan keretapi Hijaz yang menghubungkan Damascus ke Madinah dibom dan dihancurkan, segala isi keretapi dibunuh dan dirampas. Lawrence mendapat kredit yang cukup tinggi apabila dia dirakamkan oleh seorang wartawan bernama Bentley sebagai hero. Dalam satu wawancara, Bentley bertanya kepadanya 2 soalan :-
harapannya terhadap bangsa arab – untuk mendapatkan kemerdekaan dari penjajah Turki
apa yang menarik di padang pasir pada matanya – kerana ia bersih .
Langkah seterus Lawrence, selepas menyatukan tribal arab duduk di bawah telunjuknya, menduduki Aqaba dan menghancurkan landasan keretapi Hijaz – kini ketumbukan arab menuju ke Damascus. Iye, Lawrence telah menjadikan mereka tentera yang hebat, lagi hebat dari ketumbukan British sendiri. Hebat macammana?, Lawrence tahu yang perangai arab ni tak boleh bersatu, tak berdisiplin, tak dengar kata, jadinya diajarnya mereka berperang secara gerila, dan merosakkan segala macam infrastruktur serta menawarkan harta rampasan sebagai menaikkan semangat mereka.Macam ghost army, keberadaan mereka di padang pasir tak ada siapa yang menduga. Dan Lawrence, berperang dengan jubah putihnya, kononya dia dah pun menjadi sebahagian dari mereka.
Sebelum menguasai Damascus, dia dan Shariff Ali telah ke Daera, sebuah jajahan Turki – menyamar dan membuat risikan. Malangnya dia ditangkap, dan diseksa. Dia dicampak ke jalanan dan shariff Ali telah menyelamatkannya. Lawrence mulai goyah, dia ingin kembali ke Kaherah. Shariff Ali dan Audi Abu Tai kecewa dengan keputusannya. Namun, kepulangan dia di Kaherah ditolak oleh Dryden dan Allenby. Mereka menawarkan bekalan tentera dan artileri kepada Lawrence untuk menakluki Damascus.
Lawrence kembali semula ke pangkuan ketumbukan tentera arab, penerimaan yang cukup memberangsangkan. Damascus berjaya di tawan oleh Lawrence….Penawanan Damascus bermakna berakhirlah penguasaan Turki keatas Tanah Hijaz. Lawrence dinaikkan pangkat menjadi Kolonel dan pulang semula ke England. Babak terakhir, apabila Dryden, Putera Faisal dan General Allenby bermesyuarat…
Teringat pertanyaan awal Lawrence kepada Allenby semasa permulaan filem “Did British has no ambition in Arabia?”… dijawab Allenby dengan gelengan…”Arabia for the Arabs”… sebenarnya, apa yang berlaku adalah pembohongan dan penipuan semata-mata. Putera Faisal akhirnya menyedari “British watermark of Arabs flag on it”..dan Dryden adalah “chief architect of these compromise”…Tertipu!, akhirnya seluruh arab menjadi boneka kepada penjajah.
Maka wajarlah Lawrence diberikan penghormatan yang cukup besar dan hebat, kerana tanpa kebijaksanaan dia memanipulasikan keadaan, sudah pasti British terpaksa bekerja lebih keras untuk memiliki tanah hijaz. Lawrence sebenarnya telah menyiapkan diri dengan cukup sempurna sebagai perisik. Dia fasih berbahasa Arab, Jerman, Turki, Aramania dan Latin. Dia memulakan tugas sebagai pengkaji antropologi di Syria selama 4 tahun dan sangat terinspirasi dengan Perang Salib. Dalam kajiannya dia mendapati cara terbaik untuk menghadapi kerajaan Turki Uthmaniyah adalah menggunakan orang arab itu sendiri. Dia menggunakan slogan jihad “Arabia is for Arabs”, membangkitkan semangat kebangsaan, eleman keagamaan dan kemerdekaan. Dan lakonannya sebagai “budak mentah” benar- benar menjadi sehingga dia mampu menyusup masuk kedalam kabilah arab. Sabar betul dia melayan karenah pak arab berpura-pura naif sambil dengar sembang kencang mereka, siap membodek lagi. Kesediaan dia menanggalkan bajuseluar dan menggantikannya dengan jubah dan serban, dan dia sedar dia adalah kafir yang diterima begitu mudah ditengah-tengah orang islam hanya kerana beridentitas begitu.
1935, Lawrence mati dalam satu kemalangan motosikal. Namun, pemergian dia tidak menghapuskan segala kerosakan yang telah dilakukan…malahan berpanjangan, history never lie..
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}