Miracle of Giving Fool (2008)
Memiliki adik beradik yang sudah dewasa tetapi perilakunya seperti kanak-kanak kecil biasanya akan membuatkan seseorang menjadi rasa malu dengan masyarakat sekelilingnya.
Sang Ryong digelar si bodoh oleh orang-orang di sekitarnya, sehingga adiknya Jee In yang masih bersekolah merasa malu mempunyai abang seperti dia.
Walaupun tingkah lakunya keanak-anakkan, namun Sang Ryong adalah abang yang bertanggung jawab. Sejak ibunya meninggal dunia, Sang Ryong lah yang mengurus dan menjaga Jee In seorang diri.
Sang Ryong mencari nafkah dengan berniaga roti di dekat sekolah Jee In, dan menyimpan semua wang hasil jualannya untuk keperluan Jee In. Dia juga tidak lupa menyediakan sarapan buat adiknya itu sebelum berangkat ke sekolah, walaupun Jee In tak pernah makan bekalan itu.
Ketika Jee In sakit tenat, Sang Ryong berusaha sekuat tenaga untuk menyelamatkan adik kesayangan itu dengan apa cara sekalipun. Sehingga sanggup mengorbankan nyawanya sendiri. Saat itulah Jee In baru sedar sikapnya selama ini terhadap abangnya adalah salah dan dia cukup menyesalinya.
Pada akhirnya, dapatkah dua beradik ini menemui kebahagiaan yang mereka impikan?
Filem Korea dengan tema kekeluargaan dan membawa genre romantik komedi ini dibintangi oleh Ha Ji Won, Cha Tae Hyun dan ramai lagi. Sememang kisah yang mengharukan tetapi menghiburkan!
Be the first to leave a review.