Filem ini bermula dengan satu pasangan kekasih, Betty dan teman lelakinya memandu dalam perjalanan untuk memulakan kehidupan baru di tempat lain.
Teman lelaki Betty telah berlaku curang dan cuba meminta maaf dari beliau.
Mereka berhenti di sebuah motel yang terpencil dan tidak berpenghuni untuk berehat sebelum mengunjungi sebuah restoran minuman keras untuk makan malam.
Di kaca televisyen, tersiar berita mengenai anak perempuan seorang hartawan yang hilang lapan bulan sebelum itu setelah majlis tamat pengajian yang disertainya berakhir dengan pembunuhan kejam 14 pelajar lain oleh pembunuh yang tidak dikenali.
Akibat salah faham, Betty dan teman lelakinya diganggu oleh sekumpulan samseng yang diketuai oleh Hoag, adiknya, Ethan dan anak perempuannya, Amber, teman wanita Ethan, Tamara, teman lelaki Amber, Denny dan Flynn.
Flynn yang menyangkakan Betty dan teman lelakinya adalah dari golongan berada menangkap mereka berdua lalu menggari mereka.
Dia menyuruh Ethan untuk mendesak mereka mengeluarkan wang dari mesin ATM di sebuah stesyen minyak sementara Flynn memandu kereta teman lelaki Betty ke tempat persembunyian mereka.
Untuk memaksa teman lelakinya berbuat demikian, Ethan mengacukan pisau ke kerongkong Betty tetapi Betty tiba-tiba menerpa ke hadapan dan menghiris kerongkongnya sendiri dengan pisau tersebut.
Teman lelaki Betty menjadi berang melihat Betty membunuh diri dan mematahkan ibu jarinya untuk melepaskan diri dari gari sebelum membunuh Ethan.
Sementara itu, setelah sampai di tempat persembunyian mereka, Flynn terdengar bunyi dari but kereta dan apabila membukanya, mendapati seorang gadis di dalam.
Amber mengecam gadis itu sebagai Emma Ward, anak perempuan hartawan yang disiarkan berita kehilangannya di televisyen.
Dia mula mensyaki siapa teman lelaki Betty yang sebenar iaitu orang yang membunuh kesemua 14 pelajar itu.
kredit: munyawayang
Be the first to leave a review.