Odela Railway Station (2022)

Gempar! di sebuah kampung kecil bernama Odela, seorang wanita menjinjing kepala seorang lelaki dan membawanya ke balai polis..

3 bulan sebelumnya…
Seorang pelatih IPS, Officer Anudeep dihantar ke balai polis Odela. Hari ke 3 dia mula bertugas, Odela dikejutkan dengan penemuan mayat seorang pengantin baru wanita bernama Madhu yang dirogol dan dibunuh dengan kejam. Selang beberapa kemudian, satu lagi mayat dengan ciri-ciri yang sama ditemui. Anudeep merasakan terdapat seorang “psychopath” akan menjadi pembunuh bersiri sekiranya kes tidak diselesaikan segera.

“New broom sweep well” – iyelah, orang muda penuh semangat, lepasan kolej berpendidikan tinggi. Anudeep dikecam oleh polis-polis tua yang dah lama berkhidmat apabila dia melepaskan 2 orang suspek. Kini Anudeep harus meletakkan umpan untuk menangkap pembunuh tersebut. Untuk itu, dia telah melangsungkan perkahwinannya di kuil kampung berkenaan dan menyebarkan berita perkahwinan diseluruh kampung, sambil menunggu umpannya diterjah pemangsa…

Berjayakan usahanya itu?…filem ni “based on true story” ye. Rate peribadi makcik 7/10. Tidak sesuai untuk tontonan keluarga. Nak tengok, tengok je sensorang kunci pintu dalam bilik.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}