Kematian suaminya Fred, tanpa meninggalkan apa-apa harta menyebabkan Joyce menderita. Dalam usianya yang sudah tua, dia tak mampu lagi untuk bekerja. Dia mendapat idea menjadikan rumahnya sebagai homestay dengan menggunakan konsep BnB (bed & breakfast) untuk menampung perbelanjaan hariannya.
Pelanggannya yang pertama adalah pasangan Sarah dan Edward. Sarah meluahkan masalah rumahtangganya pada Joyce yang dianggap seperti mendiang ibunya. Mereka kemudiannya menjadi kawan baik dan sering berutus surat.
Joyce sebenarnya kesunyian. Dia tidak mempunyai kawan selepas berkahwin. Dunianya hanyalah suaminya, selepas suaminya mati dia menghadapi kesukaran untuk meneruskan hidup. Dia sering diganggu oleh budak-budak nakal yang menjerit kepadanya kata-kata lucah.
Namun, semuanya berubah apabila Bob menyewa bilik dirumahnya. Joyce jadi seperti muda semula. Dia mula bersolek dan pakai baju up to date. Layanan first class melebihi penyewa biasa, sehinggakan dia sanggup memasang tv kabel supaya Bob boleh tengok bola. Dia mula obses kepada Bob, sehinggakan dia menulis surat kepada Sarah dengan mengatakan Bob adalah kekasihnya. Parah dah ni, sedangkan Bob terlalu muda, ibarat ibu dengan anak jarak usianya.
Pada suatu hari, Sarah datang melawat Joyce. Kebetulan Sarah pun dah bercerai dengan Edward, jadi dia plan nak tinggal lama sikit dengan Joyce. Dia terperanjat dengan perubahan Joyce yang nampak lain, tak serupa aunty-aunty masa mula jumpa dulu. Wah, mesti hidup dia bahagia dengan Bob. Sarah ingat Bob tu sebaya dengan Joyce, rupanya sebaya Sarah dan hensem pula tu. Dah, Sarah pula sangkut dengan Bob. Jadinya, suatu malam Joyce melihat perbuatan nakal Bob dan Sarah menyebabkan dia jadi terlalu cemburu dan marah..
Seterusnya……
Babai
Be the first to leave a review.