Disebabkan filem Jepun ini tentang death game, maka genre macam ni semestinya menarik perhatian aku! Tambahan lagi, heronya dari Battle Royale! Pelakon Liar Game pun ada dalam ni! Maka, terujalah aku!
Sejujurnya, idea filem ini menarik. Namun, penyampaiannya masih boleh ditambah baik. Nak dibandingkan dengan Battle Royale, Liar Game, Alice in Borderland Dan Squid Game tu tidaklah. Namun, masih lagi OK untuk ditonton buat mengisi masa.
SINOPSIS
10 orang yang tidak mengenali sesama sendiri telah dipilih untuk menyertai sebuah EKSPERIMEN PSIKOLOGI selama 7 hari. Dengan bayaran yang lumayan(dikira ikut jam), tanpa berfikir panjang mereka setuju! Setibanya kawasan mewah itu, keterujaan mereka terhenti. Peraturan pelik perlu dipatuhi!
Jadi, masing-masing buat perjanjian untuk kekal selama 7 hari tanpa menyakiti sesiapa.
Namun, saat bangun pagi. Semuanya bagai mimpi ngeri. Seorang demi seorang terbunuh.
Masing-masing mula menuding jari sesama sendiri!
Dan..
kredit: @fikrifiq
Sumber imej: CineMaterial
.
ps: dah macam squid game aje kan gaiss???
Be the first to leave a review.