We Have Always Lived in the Castle
(2018)
Mary Katherine Blackwood ini ada masalah psikologi sejak kematian mak bapanya. Dia ada seorang kakak Constance Blackwood yang sangat menyayanginya. Mary ini pula suka kumpul azimat yang kononnya akan melindungi dia dan kakaknya dari anasir-anasir jahat. Dan bila ada lelaki yang cuba mendekati kakaknya, Mary akan menggunakan sihir yang kononnya akan menyingkirkan lelaki-lelaki itu dari hidup kakaknya.
Constance ini pula pernah ditangkap sekejap dan dituduh meracun mak bapanya dengan racun tikus tapi setelah itu dia dibebaskan kerana kekurangan bukti.
Seluruh masyarakat menganggap keluarga Blackwood ini gila dan aneh sehingga mereka dipulaukan oleh masyarakat di bandar kecil itu.
Pakcik dia yang lumpuh pula cuba merungkai misteri disebalik kematian adiknya iaitu bapa Mary dan Constance. Sehingga kini kematian orang tua mereka masih meninggalkan misteri kerana pakciknya percaya bukan Constance yang membunuh mak bapa mereka.
Filem yang bergenre psikologi thriller yang digarap dengan sub-plot misteri ini diadaptasi dari novel tajuk yang sama ini dilakonkan oleh Taissa Farmiga sebagai Mary Katherine (pelakon filem seram “Nun”), Sebantian Stan (Pelakon dari “Winter Soldier”) sebagai Charles sepupu yang menyukai Constance dan Alexandra Daddario (Pelakon “Baywatch”) sebagai Constance Blackwood.
Storyline yang sangat menarik, suka sinematografi filem ini. Dialog-dialog serta babak-babak misteri yang digunakan dalam skrip filem ini juga mampu membangkitkan emosi dan membuatkan kita berteka-teki memikirkan apa yang sebenar-benarnya menyebabkan keluarga Blackwood ini porak-peranda dan sehingga dibenci oleh masyarakat sekitar mereka.
Serius jalan ceritanya ada daya tarikannya sendiri dan tidak membosankan langsung kerana plot kisahnya berjalan dengan rancak walaupun ia dipenuhi dengan drama adik beradik Blackwood.
Be the first to leave a review.