๐ฆ๐ช๐๐๐ง ๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฅ (๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฌ)
“Benarkah orang yang telah meninggalkan dunia fana ini akan kembali menjenguk kita semula setelah kematian mereka?โ
4 orang kanakยฒ menjadi mangsa pembunuh bersiri namun salah seorang dari kanakยฒ itu mayatnya masih tidak ditemui dan membuatkan sang Ibu yang masih tidak boleh “move on” dengan kehilangan/kematian anaknya kembali untuk mencari jasad anaknya itu.
Satu tragedi hitam dan paling suram pernah berlaku di bandar Billins yang dipenuhi dengan tanaman pokok tebu menyebabkan seorang Ibu kemurungan, Hanna (Lisa Kay) kembali ke bandar tersebut untuk menyiasat dan mencari jasad anaknya yang masih tidak ditemui setelah kejadian ngeri yang menimpa 4 orang kanakยฒ sebelum ini.
Kehadiran Hanna di bandar tersebut mencetuskan rasa tidak senang hati penduduk disekitarnya. Kerana mereka tahu Hanna akan mengganggu apa yang mereka “๐จ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ก” dan “๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ก๐ฌ๐๐๐๐ก” selama ini.
Namun sifat naluri seorang ibu tidak ada siapapun dapat sangkal kerana Hanna tahu jasad anaknya masih berada “๐๐๐ฆ๐๐ง๐จ”…dan misteri kehadiran anakยฒ kecil yang berlarian di atas bumbung rumah dan kawasan tanaman tebu menguatkan lagi firasat Hanna.
Walaupun babakยฒ awal sub-plotnya berjalan agak perlahan, namun sedikit demi sedikit misteri yang disembunyikan oleh penduduk Billins mula terungkap itulah yang akan membuatkan kita mula mengfokuskan semula setiap kejadian dan misteri itu saling berhubung kait.
Yang paling menariknya, kita tidak akan dapat menjangka bahawa setiap kejadian itu berlaku seperti itu. Dan pengakhiran yang sangat menyentuh hati dan mampu menjentik hati kecil seseorang bergelar ibu.
Be the first to leave a review.