Burn The House Down (2023)

Burn The House Down (2023)

Seri pendek Jepun 8 episod ini menceritakan tentang seorang gadis yang merancang membalas dendam terhadap wanita yang telah memusnahkan kebahagiaan keluarganya 13 tahun dahulu.

Anzu Murata (Mei Nagano) ketika itu baru berusia 12 tahun apabila dia menyaksikan rumah agam mewah keluarganya terbakar musnah sehingga menyebabkan keluarganya porak peranda.

Ayahnya menyalahkan ibunya kerana menyebabkan kebakaran itu sehingga akhirnya mereka bercerai, dan tidak lama setelah itu ayahnya mengahwini seorang ibu tunggal, Makiko Mitarai (Kyôka Suzuki) yang mempunyai 2 anak lelaki.

Selama 13 tahun itu juga, Anzu dan adik perempuannya Yuzu mengesyaki wanita yang mengahwini ayahnya itu adalah pelaku sebenar.

Makiko ini pula obses dengan barang-barang mewah, dan mempunyai cita-cita besar ingin menjadi selebriti media sosial. Hasratnya itu tercapai setelah dia mengahwini ayah Anzu. Tetapi Makiko tidak pernah merasa puas dengan kemewahan yang dia ada dan ini menyebabkan dia semakin rakus.

Untuk menjalankan misi balas dendam dan membersihkan nama ibu Anzu, Anzu menyamar dan bekerja sebagai pembantu di rumah agam mewah yang pernah menjadi milik keluarga bahagianya dahulu.

Nak tahu bagaimana cara Anzu membalas dendam? Kebenaran disebalik kebenaran yang bakal dia temui setelah memasuki kehidupan Makiko dan anak-anak lelakinya? Plot twist demi plot twist yang diluar jangkaan?

 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top