KAAL (2005)

Kisah kematian misteri pengunjung di sebuah Taman Negara di India, yang katanya angkara harimau menarik minat seorang “Wildlife Expert” iaitu Krish dan isterinya Riya untuk membuat kajian.
.

Dalam perjalanan memasuki Taman Negara, jip mereka telah mengalami kerosakan dan hampir dilanggar oleh sebuah jip lain. 4 orang pengunjung iaitu Dev, Ishika, Sajit dan Vishal dalam perjalanan untuk bercuti ke Rumah Ladang milik keluarga Dev menukar haluan ke Taman Negara. Ini semua kerana terpengaruh dengan pemandu jip bernama Bagga yang mengatakan di Taman Negara itu adalah syurga pemburu.
.

Pegawai Hutan, Bashir Khan memberi amaran supaya menjaga tatatertib dan jangan sekali-kali memasuki Route 5 kerana itu adalah kawasan harimau. Mereka mendaftar masuk di sebuah guest house yang dimiliki oleh Pandey. Pandey yang juga seorang renjer hutan mendedahkan bahawa kisah harimau yang membunuh pengunjung adalah mitos semata-mata.
.

Sajit yang degil, keluar senyap-senyap memburu di awal pagi bersendirian. Mereka mula mencari dia apabila Krish menemui mayat Pandey keesokan harinya. Setelah pusing-pusing melalui denai di ceruk hutan, mereka menemui mayat Sajit. Mereka menuju ke Pejabat Pegawai Hutan untuk membuat aduan. Malangnya dalam perjalanan, jip mereka mengalami kemalangan kecil, mereka mula dikelilingi sekawan harimau. Suasana mencemaskan, ketakutan …sehinggalah seorang lelaki datang menghalau kawanan harimau tersebut. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Kaali dan tinggal di hutan ini.
.

Suasana di pejabat agak sibuk apabila semua pekerja disitu termasuk staff di rumah tamu dan tapak perkhemahan berkemas meninggalkan kawasan tersebut. Bashir Khan menyuruh mereka meninggalkan kawasan itu, keluar dari Taman Negara kerana hujan monsun akan menenggelamkan jalan keluar. Dan untuk tempoh 6 bulan, semua jalan keluar masuk akan tertutup.
.

Dalam perjalanan keluar, jalan telah tertutup oleh tanah runtuh. Kalut..kalut..kalut…eh, tiba-tiba Kaali muncul, kononnya untuk membantu mereka mencari jalan keluar yang lain. Kaali bercerita sebuah kisah tentang seorang renjer dianiayai, dicampak ke dalam Route 5 dibiarkan mati dimakan harimau dan roh yang tidak tenteram itu merayau membunuh pengunjung degil melanggar peraturan hutan…
.
Berbalik kepada motif kedatangan Krish dan Riya, untuk membuat kajian tentang kematian pengunjung dan kaitannya dengan serangan harimau….adakah tujuan mereka akan tercapai?. Filem ni diterbitkan oleh Shah Rukh Khan, sebagai langkah menyokong kempen melindungi harimau yang semakin diancam kepupusan. Kesian harimau 😓

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top