The Game: Towards Zero (2020)

The Game: Towards Zero (2020)

Kdrama ini mengisahkan Kim Tae-pyeong (Taecyeon) mempunyai KUASA SUPERNATURAL dapat melihat kematian seseorang hanya dengan melihat ke dalam mata mereka.

Apa yang paling menakutkan, dia juga dapat melihat kematiannya sendiri hanya dengan melihat matanya melalui cermin. Sayangnya..walaupun dia ada kuasa tersebut, dia masih tidak mampu menyelamatkan kematian seseorang itu.

Satu hari dia bertentang mata dengan seorang Detektif wanita Seo Joon-young (Lee Yeon-hee) dan dia terpegun kerana dia tidak dapat melihat saat kematian detektif tersebut dan ini membuatkan Tae-pyeong tertarik untuk mendekati Joon-young..mana tak nya, seumur hidup dia inilah kali pertama dia jumpa seseorang yang begitu “istimewa”.

Sejak itu Tae-pyeong bekerjasama dengan Joon-young yang kebetulan ketika itu sedang menjalankan penyiasatan dimana berlakunya satu pembunuh berantai yang mereka beri gelaran sebagai “MIDNIGHT KILLER” yang melibatkan kes penculikan dan pembunuhan seorang gadis.

Bermula dari situlah (episod 3 dan seterusnya), klimaks plot drama ini makin rancak dan semakin menarik apabila Tae-pyeong bergabung dengan Detektif heroin itu mencari pembunuh berantai tersebut.

Satu lagi yang menariknya tentang drama ini adalah awal┬▓ episod kita dah didedahkan siapa penjahatnya, namun setelah itu kita akan diberi KEJUTAN DEMI KEJUTAN sebab motif disebalik semua misteri pembunuhan masih tidak jelas lagi.

Bagi sesiapa yang minat drama berkonsepkan penyiasatan jenayah misteri seperti drama BLACK (2017) ditambah dengan elemen THRILLER serta kuasa SUPERNATURAL yang ada pada watak hero..Sangat berbaloi untuk ditonton!

32 episod (35 minit setiap episod)

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top