Pada aku, filem ini berbaloi di tonton tetapi tidak sesuai di tonton bersama keluarga kerana ada babak sex.
Plot cerita sangat bagus untuk mereka yang suka filem fokus pada jalan cerita dan x kisah kalau babak aksi kurang di tayangkan. Filem ini ada aura Filem Mafia Amerika yg bertajuk; The Godfather.
Ia mengisahkan tentang kehidupan Yakuza, bagaimana mereka menjalankan perniagaan, pengaruh mereka dalam komuniti dan juga pengaruh mereka dalam kerajaan.
Pada masa yang sama, kita juga akan lihat kesan buruk sekiranya individu itu memilih kehidupan Yakuza dan kesan yang akan berlaku kepada individu yg sanggup menjalinkan hubungan dengan anggota Yakuza.
Di samping itu juga, pengarah juga menunjukkan kenapa zaman sekarang pengaruh Yakuza lenyap dalam komuniti Jepun dan kalau ada pun, mereka di anggap sebagai samseng jalanan sahaja kerana hakikatnya, dunia sekarang di kawal oleh ahli politik dan masyarakat juga mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan.
Saya rate 8/10 untuk kualiti jalan cerita dan kualiti lakonan.
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}