Endless Rain (2021)

Endless Rain (2021)

– Kisah Aku – 

Aku pasti korang pernah ada cinta pertama atau cinta monyetkan?
Senang cerita seseorang yang korang betul2 minat, tak kiralah sama ada semasa sekolah, universiti, atau berkerja?
Jadi pernah tak korang ambil tahu, bagaimana kehidupan dia sekarang?
 
Endless Rain mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Young-ho yang teringat kembali cinta pertamanya ketika disekolah rendah dahulu.
Disebabkan ingatan tersebut, dia cuba berhubung dengan cinta pertamanya
(So-Yeon) itu melalui surat.
 
Plot menjadi lebih menarik apabila proses hubungan melalui surat yang mengambil masa hampir berbulan2 itu, telah memberi makna besar serta harapan yang tinggi kepada kehidupan Young-Ho, hinggalah disatu ketika So-Yeon berhenti mengutuskan suratnya secara tiba2.
Apakah yang sebenarnya berlaku?
 
Storylinenya kedengaran sangat cliche, tapi apa yang uniknya bagaimana writer cuba menyatukan cinta mereka berdua, dengan idea yang cukup fresh serta berbeza dengan typical movie cinta yang pernah wujud selama ini.
 
Bagi aku pada sesiapa yang pernah alami perasaan menjadi seorang yang SETIA MENUNGGU, movie ini mampu memberikan impak besar dalam tontonan korang.
Pasti berderai air mata.. haha!
 
So untuk wanita2 diluar sana, tolong jangan beri harapan sekecil zarah pun pada lelaki, sebab diaorang nie kalau dah start setia dan mengharap ,memang akan bawa sampai mati.. jaga2 lah.. hahahahahha! ????
 
Berbalik dengan tajuk dekat atas, ada satu kisah tentang aku dulu, masa tu kerja partime di Cafe klcc tahun 2007, berkenalan dengan sorang awek kinokuniya.
Kalau shift malam je, kami akan selalu terempak dekat stesen putra LRT, so dengan dia ni memang best borak pasal movie & buku.
Jadi rapat dan selesa kawan dengan dia.
 
Tapi ada satu benda aku takleh brain sampai sekarang, kenapa kami tak pernah tanya nama penuh dan number phone pun selama kami kenal hampir seminggu.
Dan ada satu hari tu aku dah tak pernah nampak dia dekat tempat kami selalu tunggu train sama2.
 
So hampir setiap hari dan ambil masa setahun jugak aku menunggu… kot2 terserempak balik.
Tapi apa yang sedihnya sampai sekarang aku tak pernah jumpa dia dah.. huhuhu!
 
So aku nak tanya korang? Adakah dia hanya imaginasi aku je? Hahahah! ??????
Oh lupa! movie nie agak slowburn, kalau nak feeling2 cintan cintun bolehlah cuba ya..
 
Selamat menonton! ????
Personal rate : 8.5/10
IMDb : 7.2/10
 
Kredit:  Khaidir Shahri

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}

Share


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

 

 

Scroll to Top