Followed (2018)

Followed (2018)


Seorang vlogger terkenal, DropTheMike mendapat tawaran $250,000 tajaan jika rancangannya itu berjaya mencapai 50,000 like.
Mike membuat keputusan untuk tinggal dua hari di Hotel Lennox di Los Angeles iaitu tempat kehilangan Meghan Kim.

Mike meminta pertolongan Nic, Chris dan Dani untuk merakam pengalamannya di hotel tersebut.

Mike, Nic dan Dani berkongsi satu bilik menginap di bilik yang pernah didiami oleh David Olmos, seorang pembunuh bersiri tahun 80an sementara Chris menggunakan bilik sebelah agar dia boleh menyunting rakaman mereka tanpa gangguan.

Mike mempunyai teorinya sendiri mengenai kehilangan Meghan Kim. Di mana Meghan mungkin telah bermain the Elevator Game iaitu seseorang itu akan masuk ke dalam lif seorang diri, tekan butang lif secara khusus dan lif tersebut akan membawa orang tersebut ke suatu tempat yang aneh.

Dengan kamera videonya, Mike mengulangi semua langkah yang dilakukan oleh Meghan termasuk butang yang ditekan oleh beliau dengan merujuk kepada YouTube sehinggalah lif itu membawanya ke tingkat gelap di mana dia dapat sekilas pandang wanita yang seiras Meghan.

#munyawayang

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top