Insidious: The Red Door (2023)

Insidious: The Red Door (2023)

9 tahun selepas peristiwa menakutkan dan traumatik menimpa keluarga Josh Lambert, kini di “Insidious: The Red Door membawa para peminat filem francais ini ke bab terakhir merungkai semula kejahatan yang bersembunyi di alam ghaib “The Further” disebalik pintu merah yang menakutkan itu.

Insidious: The Red Door, sekali lagi kembali meletakkan keluarga Josh Lambert ke dalam “neraka” di “The Further” dengan ancaman yang dahsyat iaitu “Red Faced Demon”.

Delton Lambert bakal memasuki Kolej tahun pertama, namun hubungan dengan bapanya Josh tidak berapa baik. Sikap dingin Delton terhadap bapanya membuatkan mereka berdua masing-masing masih terperangkap dengan masa lampau mereka ketika terperangkap di “The Further” dalam “Insidious 2 (2013)”.

Sehinggalah suatu hari, lukisan pintu merah yang dilakar oleh Delton menimbulkan kekecohan apabila jembalang-jembalang mengerikan dan “Red Faced Demon” mula menghantui Delton semula.

Di babak lain, Josh pula masih cuba untuk mengingati masa lampaunya apabila dia hampir tiada ingatan tentang masa lampaunya. Josh juga turut dihantui lelaki misteri yang seolah cuba memberi petunjuk kepadanya.

Kini “The Red Door” telah pun dibuka oleh Delton tanpa sengaja. Nyawa Delton dalam bahaya. Josh sekali lagi terpaksa memasuki “The Further” untuk menyelamatkan Delton.

Berjayakah mereka?

Bab 5 ini tidak seram ya! Tetapi adegan-adegan “jumpscares” memang menjadi! Jalan ceritanya juga sangat slow-burn dibandingkan 4 filem sebelum ini.

Bagi yang belum tonton, filem ini boleh ditonton di pawagam bermula 5 Julai 2023. Dan bab 5 ini adalah yang terakhir! Tiada lagi Insidiuos selepas ini.

Selamat menonton!

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top