Pendekar Tongkat Emas (2014)

Pendekar Tongkat Emas (2014)

1hour 52mins

Sebuah filem aksi dari negara seberang dan juga menampilkan barisan pelakon papan atas dari sana.

Cempaka merupakan pendekar Tongkat Emas yang terkenal dan disegani ramai dalam dunia persilatan .Dia juga menjaga empat orang anak angkatnya iaitu Biru , Gerhana, Dara dan Angin .

Mereka ini adalah anak anak dari para musuh musuh yang dibunuhnya suatu ketika dahulu. Kecuali Angin sahaja yang merupakan anak yang terbuang. Atas rasa bersalah dan kasihan lalu menjaga kesemua mereka sebagai anaknya sendiri serta melatih mereka tentang ilmu persilatan.

Pada suatu malam dia memanggil kesemua anak anaknya berkumpul bersama . Tujuannya adalah ingin mewariskan Tongkat Emas miliknya kepada salah seorang anaknya .

Cempaka memilih Dara sebagai pewaris baru Tongkat Emas meskipun Dara masih agak mentah dan teragak agak untuk menerimanya. Biru dan Gerhana secara diam2 merasa dengki dan tidak puas hati terhadap pemilihan Dara . Cempaka juga merancang untuk keluar bersama Dara selama beberapa hari untuk mewariskan ilmu Tongkat Emas Melingkar Bumi kepadanya serta membawa Angin untuk merawatnya kerana kesihatannya yang kian merosot .

Ketika dalam perjalanan , mereka dihalang oleh Biru dan Gerhana yang berniat untuk merampas Tongkat Emas itu dari tangan Dara. Cempaka sempat berpesan kepada Dara agar mencari Pendekar Naga Putih sekiranya terjadi apa apa pada dirinya kerana Pendekar Naga Putih juga memiliki ilmu tersebut.

Berlakulah pertarungan diantara Cempaka dengan Biru dan Gerhana.

Sementara Dara dan Angin terjatuh ke dalam gaung ketika menentang mereka .

Carol_LW

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top