THE REEF (2010)

The Reef (2010)

Diambil dari kisah benar yang pernah berlaku di lautan Townsville, Australia pada 25 Julai 1983 dimana 3 sekawan Ray Boundy, Dennis dan Linda telah diserang oleh JERUNG dan yang selamat hanya Ray seorang sahaja.

Diceritakan sendiri oleh Ray, kapal yang mereka naiki untuk menangkap udang terbalik di tengah² lautan. Saat mereka terjatuh di lautan luas itu, mereka terpaksa menggunakan apa² sahaja barang² yang terapung dan boleh digunakan untuk berpaut dan akhirnya mereka dapat mencapai kotak styrofoam dan papan peluncur untuk berenang menuju ke daratan yang paling dekat.

Namun daratan yang terdekat bukanlah sedekat yang mereka sangkakan. Dengan kudrat yang ada, mereka teruskan berenang sehingga malam menjelma. Tiba² seekor JERUNG mendekati mereka dan sekelip mata sahaja Dennis telah hilang dari pandangan.

Rupanya Dennis telah dimakan oleh JERUNG tersebut. Saat itu Ryan dan Linda dah ketakutan dan mula panik mereka teruskan berenang namun malang tidak berbau sekali lagi!! JERUNG yang sama datang semula dan kali ini Linda menjadi mangsa seterusnya.

Nasib menyebelahi Ryan, setelah hampir 2 hari terumbang-ambing di atas lautan, Ryan akhirnya menemui sebuah terumbu karang (REEF) yang besar dan segera mencapainya untuk berlindung. Tidak lama kemudian, Ryan berjaya diselamatkan oleh coast guard yang menggunakan helikopter.

Jika anda meminati filem bertemakan survival dari kejadian sebenar, ini adalah filem yang anda harus tonton dimasa lapang anda. Walaupun filem ini sudah berusia 12 tahun sejak tahun penerbitannya, jalan ceritanya dan kesan visual nya (tidak berlebihan) adalah lebih menarik dari filem-filem baharu yang membawa tema sama.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top