TRIAL BY FIRE (2018)

TRIAL BY FIRE (2018)

~BERDASARKAN KISAH SEBENAR~

“Keadilan tidak terbela kerana DITUDUH MEMBAKAR ANAK-ANAKNYA, DAN DIA DISUNTIK SEHINGGA MATI!!”

Filem ini benar-benar meruntun hati dan mengusik emosi kita terutama yang bergelar ibubapa. Ramai kaum bapa yang tonton filem ini pasti tersentuh dan boleh buat airmata sang bapa menitis. Yang kaum ibu pula, tidak perlu cakaplah, tisu pun tidak akan cukup!

 

2004, dia dijatuhkan hukuman mati dengan suntikan maut atas tuduhan pembunuhan yang dia tidak lakukan terhadap 3 anak perempuannya yang masih kecil, setelah api membakar rumah mereka di Texas pada 23 Disember 1991.

Cameron Todd Willingham berusia 36 tahun yang tidak mengaku bersalah bagaimanapun terpaksa akur menerima hukuman yang bagi dia adalah sama sekali tidak adil. Dia didakwa lebih mementingkan menyelamatkan keretanya daripada anak-anaknya ketika kebakaran berlaku. Dan ketaksubannya dengan “HEAVY METAL” dan konflik rumahtangga menjadi punca dia kalah dalam pembelaan dirinya.

Kalau baca kisah sebenarnya, kes ini disiasat dengan cara yang agak terburu-buru. Ketika trial dilakukan, saksi-saksi bagi penerangan yang agak berbelit-belit. Dikatakan mula-mula jiran yang menjadi saksi kejadian tersebut nampak Todd pecahkan tingkap dan cuba masuk ke rumah namun tiba-tiba mengubah keterangan yang Todd tidak sama sekali peduli ketika kejadian berlaku, dia sibuk mengalihkan dan menyelamatkan keretanya dahulu.

Todd kemudian mengiyakan kenyataan itu sambil mempertahankan dirinya yang dia mengalihkan kereta dari rumah kerana risau dan takut jika api itu akan merebak dan mengakibatkan letupan. Namun alasan dia tetap ditolak oleh pihak mahkamah, membuatkan Todd depresi dan menjerit di dalam mahkamah.

(Kasihan sangat babak ini, sedih sangat) sudahlah ketika itu dia tidak diwakili mana-mana peguam bela kerana tidak mampu bayar kos guaman dan sebenarnya jika ikut kes dia yang sebenar, ada banyak lagi babak-babak yang Director filem ini hendak masukkan sekali namun 2 jam yang diperuntukkan untuk membuat filem ini agak singkat, hasilnya yang kita dapat tengok dalam filem ini cuma sebahagian dari kisah sebenarnya sahaja. Sekiranya anda hendak mendapatkan kisah penuhnya, boleh buat carian goggle)

Tidak lama selepas tu, Elizabeth Gilbert (lakonan Laura Dern) menjadi sukarelawan untuk program pemantauan banduan penjara pun muncul dan dari situ dia mula berhubung dengan Todd. Kerana rasa simpati dengan Todd, Gilbert memulakan penyiasatannya sendiri dan menemui dokumen yang tidak konsisten dengan perbicaraan tempoh hari.

Maka bermula misi pembongkaran dokumen-dokumen perbicaraan yang mengaitkan kes itu dan babak-babak lain yang cukup mendebarkan, menyayat hati dan perasaan roller coaster yang tidak menentu!

HIDUP DAN MATI Todd bergantung kepada dokumen-dokumen dan bukti yang telah diperolehi oleh Gilbert.. TETAPI.. nak tahu apa jadi seterusnya dan kenapa Todd tidak sempat diselamatkan..? Anda kena tonton sendiri..

Yang pasti..kisahnya sangat MENARIK dan WAJIB menjadi tontonan anda. Banyak “message” dan pengajaran yang kita dapat selami dari kisah di filem ini nanti.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}

Share


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

 

 

Scroll to Top